Eclair adalah resipi favourite takala ada rancangan hitea,...tak tahu kenapa sudah menjadi sinonim untuk menyediakan eclair bila jamuan petang dianjurkan. Selain dari sedap mungkin juga ia merupakan menu yang menarik untuk dihidangkan, dengan bentuknya, fillingnya dan glazenya.
Biasanya saya akan membuat 2 glaze, chocolate atau pun coffee. Sama seperti cream puff eclair kekadang boleh juga meragam. Masalah yang biasa dihadapi ialah ia akan menurun selepas mengembang di dalam. Oleh itu penting memahami teknik membuatnya iaitu kawalan suhu semasa baking. Biasanya saya membakar eclair pada suhu tinggi 10 minit pertama dan rendahkan suhu pada 20 minit seterusnya. Jika inginkan eclair yang cantik jangan terus keluarknan eclair dari oven.
Perubahan suhu mendadak juga akan menyebabkan eclair turun..so biarkan eclair menyejuk di dalam elama 15 minit dengan mereggangkan pintu oven dan baru keluarkan..insyallah cantik lah kejadianya.
Chocolate Eclairs
Prep time
Cook time
Total time
Serves: 12
Ingredients
Untuk Fillingnya
- 6 biji kuning telur
- 1 biji telur
- 3/4 cawan + 2 sdb gula
- 3 sdb tepung jagung
- 3 sdb tepung
- 3 cawan susu
- 3 sdb butter
- 2 sdt pure vanilla extract
DIRECTIONS
- Satukan kuning telur, telur 2 sdb gula, tepung jagung dan tepung. Pukul sehingga putih dan letak sebelah.
- Dalam periuk yang ain satukan susu dan baki gua. Kacau atas api kecil ehingg naik wap. Kacau perlahan-lahan dan curahkan setengah daripada susu suam ini ke dalam adunan telur. Kacau sehingga lincin. Masukkan baki adunan telur kepada susu. Kacau atas api kecil dan terus kacau. Angkat dari api dan masukkan butter dan vanilla. Tapis dan sejukkan dalam ice bath dan terus kacau sehingga sejuk. Angkat dan simpan
Untuk Pastrynya
- 1/2 cawan mentega dipotong
- 1 sdt guala
- 1/2 sdt garam
- 1 1/4 cawan tepung
- 4 biji telur + large eggs, plus 1 biji putih telur
- 1 cawan air
DIRECTIONS
- Dalam periuk/kuali satukan butter, gula, garam dan air. Renehkan sehingga mendidih.
- Angkat dan masukkan tepung, kacau
- Letak semula atas api dan kacau sehingga adunan tidak melekat dikuali
Courtesy from Google - Panaskan oven 425 degrees.
- Alas dulang pembakar. Masukkan adunan pastry ke dalam piping beg dan pipe 3 1/2 in panjang dan jarakkan 1 in lebar.
- Bakar selama 1o minit. Kecilkan suhu oven pa da 350 degrees. Bakar selama 25 to 30 min atau sehingga kekuningan
- Padamkan api oven, buka sedikit pintu oven dan biar pastry ejuk di dalam lebih kurang 15 minit, keluarkan dan sejukkan.
- Panaskan semula oven pada 425 dan ulangi proses pembakaran sehingga habis.
- Keluarkan filling dari fridge....pukul semula dengan mixer , masukkan dalam piping beg dan pipe pada eclair...saya belah eclair dan pipekan,
- Sapukan chocolate glaze dan siap dihidang,
No comments:
Post a Comment