Sotong memang sedap masak cara nasi kandar, untuk resipi kali ini saya masukkan nenas dan kacang panjang. Resipi asal adalah adaptasi dari resipi popular Mamak Haji. Untuk mendapatkan sotong yang lembut, saya rebus sotong terlebih dahulu dan air sotong dimasukkan semasa menumis untuk mendapatkan kemanisan pada kuah
KARI SOTONG KACANG PANJANG NENAS
- 1 kg Sotong putih
- 100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam.
- 1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris.
- 2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
- 3 ulas bawang putih dikisar halus
- 1" halia dikisar halus
- 1 tsp serbuk jintan putih,
- 1 tsp serbuk jintan manis,
- 1 tsp serbuk kas-kas
- 1 tsp serbuk cili
- 1 tsp gula pasir.
- 2 ranting daun kari.
- 3 cili merah dibelah dua memanjang.
- Daun bawang dipotong 2 inci.
- 75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
- 5 kacang panjang dipotong 1" panjang
- 1/2 biji nenas dipotong nipis
- Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.
CARA-CARA:
- Bila kuali panas masukkan minyak masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari.
- Bila mengeluarkan bau harum masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana bila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.
- Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan nenas kacang panjang daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair.
Notes
No comments:
Post a Comment