Pages

Monday, September 04, 2017

LEMON MADELEINE


Saya panggil ini bahulu Perancis kerana rasa dan cara membuatnya lebih kurang macam kita membuat kuih bahulu. Madeleines ini banyak resipi, ada resipi memerlukan kita untuk memerap adunan semalaman di dalam fridge tetapi saya memilih untuk membuat yang ringkas ha..ha dan juga bahan yang mudah saya hafal so inilah resipinya paling penting bagi saya sedap dan gebus.

Biasanya kalau ada hajat membuat hitea dengan kawan-kawan madeleines inilah merupakan favourite presentable simple dan sedap



Lemon Madeleines


  • 100g butter - cairkan
  • 90g gula 
  • 100g tepung gandum
  • 2 biji telur size M
  • 2/3 sudu kecil baking powder
  • garam secubit
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon@oren
  • 1 sudu kecil jus lemon@oren
  • sedikit butter utk sapu acuan
Cara-cara
  1. Ayak tepung,garam dan baking powder. ketepikan.
  2. Pukul gula dan juga telur hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan parutan kulit lemon@oren. Kacau.
  4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan telur tadi. Gaul sebati.Guna spatula.
  5. Masukkan pula butter dan juga jus.Kacau sebati.
  6. Lengserkan acuan dengan butter. Tuang adunan dan bakar suhu 180 selama 13-15minit.
  7. Dah masak, sejukkan di atas redai.

    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...