Pages

Thursday, September 07, 2017

FROZEN CHEESE LAPIS


Masyallah kek ini memang sedap, hidangla sekali toleh dah habis. Cukup lemak kerana kandungan cream cheese susu pekat dan fresh cream. Dinamakan kek lapis frozen kerana warnanya bertemakan cerita frozen

Walaupun renyah menyediakanya kek ini nyata berbaloi



Kek Lapis Cheese Frozen

Yield: 1 - 9" Cheesecake (12-15 servings)
Kek Lapis Cheese yang cukup lemak dan berkrim Diwarnakan mengikut teman Frozen
Bahan 

  • 12  biji kuning telur A
  • 160 gm gula kaster
  • 500 gm mentega
  • 300 gm cream cheese
  • 250 gm tepung Hong Kong
  •  50 gm nestum
  •  50 gm tepung ais krim vanilla
  • 1 sudu kecil ovalete
  • 1 cawan fresh cream
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1 sdb golden sirap
  • 1 sudu kecil esen vanila
.
Cara-cara :
.




  1. Pukul mentega  gula kaster, esen vanila cream cheese dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. 
  2. Perlahankan mixer, masukkan telur sebiji sebiji sehingga habis
  3. Masukkan susu pekat fresh krim yogurt dan golden sirap pukul lagi
  4. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit hingga bergaul rata..
  5. Bahagikan adunan kepada 3  bahagian.
  6. Warnakan setiap bahagian dengan warna putih biru muda dan biru gelap.
  7. Ambil 6 sudu besar adunan putih, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan..
  8. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, Ulangi lapisan biru yang kedua dan bakar dengan api atas saja selama 8 minit. Ulangi sehingga 5 lapisan putih..
  9. Ulangi melapis dan membakar sehingga 2 warna biru.
  10. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit hingga masak sekata.



RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM

All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...