Pages

Tuesday, September 26, 2017

ROTI GORENG DAGING ASAP


Roti Goreng lagi kali ini saya menggunakan daging asap....smoked beef lebih kurang macam beef slice yang boleh didapati di Supermarket, tetapi jika inginkan pilihan yang hebat Supermarket Lulu KL banyak range daging asapnya.

Terdapat dua cara menyediakan roti ini satu dengan memasukkan inti sebelum digoreng dan keduanya roti digoreng dahulu dan intinya dimasukkan kemudian. Saya memilih cara kedua kerana menginginkan roti dihias dengan cara burger. Jika ingin memilih cara ini inti atau isian digandakan supaya mencukupi.

Satu adunan ini beh menghasilkan 20-25 biji roti.





Roti Goreng Daging Asap

Yield: - lebih kurang 20 - 25 biji
Roti Goreng ini saya menggunakan cara yang mudah menyediakan intinya Beef slice dipotong-potong kecil bersama tumisan bawang bombang bawang putih dan cili flakes untuk mendapatkan kepedasan. Memang sedap roti ini
  • 500 g tepung 
  • 250 ml air suam
  • 2 butir telur
  • 6 g yeast instan
  • 2 sdb susu tepung
  • 5 sdb gula pasir
  • 100 g margarin cairkan & diejukkan

Bahan isian :

  • 5 lembar Daging asap cuci
  • 1/2 biji bawang bombay
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 bawang putih cincang halus
  • Garam & penyedap
  • tumis sebentar sampai wangi

Bahan pelapis :

  1. Masukkan air suam, 5 sdb tepung, gula pasir, ragi. Kacau rata menggunakan sendok searah jarum jam sampai larut.
  2. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil terus dikacau. Masukkan sedikit tepung, susu tepung, telur satu persatu dan margarin. Masukkan baki tepung sedikit-sedikit sampai adonan jadi tidak lengket.
  3. Uli sampai kalis elastis. Tutup pakai cling wrap. Diamkan sampai mengembang 2x kira-kira 45 minit. Semakin suhu udara hangat proofing semakin cepat dan baik.
  4. Kempeskan adonan, rapikan. Bagi adonan menjadi bulatan kecil lebih kurang berat 30 gr. Diamkan 10 menit.
  5. Isi bulatan dengan tumisan daging asap. Bulatkan kembali. Gulingkan ke telur kocok. Lalu gulingkan ke bread crumb. Sisihkan diamkan kembali 10 menit.
  6. Panaskan minyak goreng roti sebelah-sebelah. Hanya boleh dibalik sekali ya. Goreng sampai kuning coklat keemasan, angkat tiriskan.

Nota

Resepi ini bisa untuk donat juga. Tinggal dibentuk bulat ala donat. Teknik menggoreng sama ya hanya boleh dibalik sekali aja biar cincin donatnya terbentuk. Toppingnya bebas bisa gula castor, coklat dsb.


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM


      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


      Thank  You.-

      1 comment:

      adda syuhada said...

      Kalo tengok gambo, semuanya nampak sedap.
      Tengah lapo ni.

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...