Pages

Friday, September 29, 2017

AYAM MASAK BAWANG ALA MAMAK


Balik Penang baru ini singgah makan di restoran Yusof di Relau, try ayam ini fikirkan ayam madu rupanya kata mamak tu ayam bawang. Katanya sedap dan hot selling di tempatnya. Udah gitu katanya maka saya kena try perrghhh memang sedap can be addictive too.

Balik saya google cari resipinya dan pastinya yang dapat membantu saya ialah rujukan dari Mamak Haji nyata betul memang ada dan saya adapt resipinya100%. Banyak menggunakan bawang dan pasti kalau berminat kenalah beli1 guni bawang besar dijadikan bawang goreng...ha..ha...bab ini memang agak leceh sikit tapi rasa masakan ini memang berbaloi walaupunm air mara menitis mengopek bawang.

Lauk ini sesuai dengan apa jenis nasi saya hidangnya dengan nasi serai




Ayam Bawang Ala Mamak

Yield: - lebih kurang  10 orang makan
Ayam Goreng Berempah yang kaya dengan bawang goreng Bawang Goreng menaikkan aroma masakkan ini juga memberi satu rasa yang unik
  • 1 ekor ayam , potong 12 ketul dibasuh dan bersihkan.
  • 3 biji Bawang Merah labu dihiris halus
  • 1 -2 sudu besar Serbuk Cili ikut kepedasan yang suka.
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis.
  • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
  • 2-3 sudu besar Rempah Kari (daging).
  • 1 sudu besar Sos Tiram.
  • 1 sudu besar Sos Cili.
  • 1 sudu besar Sos Tomato.
  • 2 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya 1/2 balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
  • 1 sudu besar pes bawang putih-halia.
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala,
  • 2 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 7 cengkih dan 3 bunga lawang.
  • 1 helai daun pandan dipotong 2 inci.
  • 2 sudu besar gula pasir.
  • Garam secukup rasa.
  • Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
  • Daun Kari (hiasan).


CARA-CARA:

  1. Kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng. 
  2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng, asingkan.
  3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan daun pandan, daun kari dan masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas dengan buat pes dulu (masukkan sedikit air pada serbuk rempah). Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
  4. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.


RECIPE SOURCE:  Mamak Haji
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

8 comments:

Unknown said...

Mmg terbaik... tq for the recipe.. dh bbrp kali buat dh jadi lauk kegemaran family...

Unknown said...

Mmg sedap baru first time buat..ank n suami ckp sedap..nanti boleh buat lgi..tq share resepi.

LC said...

Sedaaaap

Unknown said...

memang sedap..dah dua kali cuba

Unknown said...

Colour hitam tu tambah kicap ke? Sy buat kenapa tak hitam ye?😅

Puan B said...

Thank. I want to share in my blog acutrashare wordpress soon. Of course credit goes to you admin. Rare recipe.

Sophea said...

Mmg sedap..jd menu kegemaran...dh byk kali cuba... Terima kasih share resepi yg mabelesss....

Suara Anda said...

Sama la. Kenapa x warna hitam ya

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...