Pages

Sunday, May 03, 2015

TOM YUM TALAY / TOM YUM SEAFOOD


Hidup ini boleh jadi panasaran jika selalu membuat tom yum tetapi tidak tahu membuat pesnya...ha.ha..selalu guna yang siap kali ini mencuba membuat pesnya. Sebenarnya tidak susah mana pun cuma renyah bila semua bahan kena disangrai dahulu, tapi namanya saya,ha..ha..saya guna short cut saya goreng aje macam kita buat kuah pecal. Alhamdulillah menjadi but still need to improve. 

Untuk bahan tom yum lain saya guna bahan standard. Oleh kerana bahan seafood ini agak banyak jadi saya kurangkan bahan sayuran saya cuma guna cendawan dan bunga kobis aje..memadai dan sedap.



5.0 from 1 reviews
PrintTom Yum Talay
Untuk Pes Tom Yum

  • 25 tangkai cili kering *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 batang serai *
  • 2" lengkuas *
  • 2" belacan *
  • 1 sdb ketumbar disangrai dahulu
  • 2 batang akar daun ketumbar
  • 2 sdb minyak masak
  1. Panaskan minyak dan goreng bahan bertanda *
  2. Goreng lebih kurang 5 minit, angkat dan blend bersama bahan lain sehingga halus
  3. Dengan minyak yang sama goreng semula bahan blend tadi sehingga gareng dan naik minyak,
  4. Angkat dan ketepikankan.
Nota : Jika hendak simpan lama boleh banyakkan minyak masa menumis dan masukkan air asam jawa. Masak sehingga menjadi pes pekat seperti dalam botol jualan.

Bahan-bahan Tom Yum
  • 5-6 ketul udang galah
  • 3 ekor ketam dibelah dua
  • 200 g lala
  • 2 ekor besar sotong dihiris bulat
  • 1 keping ikan merah dihiris 4
  • 1oo g cendawan butang
  • 2 biji bawang besar dihiris 4
  • 100 g bunga kobi dihirid kecil
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang erai dititik
  • 1" lengkuas dititik
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 2 biji tomato dihiris nipis
  • 1/2 cawan air limau nipis
  • 1/2 cawan santan atau susu cair
  • 1.5 litre air stok
  • garam, gula dan perasa secukupnya
Cara Menyediakanya
  1. Masukkan air, serai, bawang putih, lengkuas dan daun limau renehkan seketika dan masukkan lala, udang, sotong.
  2. Biar diatas api sehingga masak dan masukkan pes yang diblend tadi
  3. Masukkan garam, gula, air limau dan ikan
  4. Biar di atas api sehingga mendidih, masukkan bunga kobis dan cendawan
  5. Akhir sekali masukkan santan, adjust rasa dan masukkan hirisan tomato, hirian bawang besar dan daun ketumbar

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...