Wednesday, May 06, 2015

KEK MINYAK


Kek yang seketika dahulu mnjadi viral dikalangan foodie blogger, ramai sudah mencuba saya baru berkesempatan mencubanya, Kebetulan tekak terasa sangat hendak makan kek dan kebetulan juga kehabisan buttear jadi saya selongkar mencari resipi kek minyak ini di myresipi.com..ha..ha menarikkan tengah-tengah harga barang melambung naik boleh la buat kek ini. Boleh menggunakan apa jenis minyak masak sekali.

Rasanya sama juga dengan kek butter yang lain cuma tekturnya agak kasar sedikit...rasany sebab itulah kek ini diwarna warnikan..that' the trick supaya kek ini nampak lebih menarik. Boleh menggunakan teknik marbel biasa dan sesuai buat minum petang.


5.0 from 1 reviews


PrintKek Minyak
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
  • 2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan susu pekat ~ 300 gm
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak ~ 200 gm
  • perasa nenas atau pisang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna

  1.  Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
  2. Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
  4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
  6. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
  9. Gaul rata
  10. Sediakan loyang 8 inc
  11. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
  12. Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
  13. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
  14. Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
  15. Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
  16. Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
  17. Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
  18. Potong kek setelah sejuk sepenuhnya
Recipe Source :- my kongsiresipi.com

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

adda syuhada said...

Paling suka makan kek minyk ni. lepas ni memang boleh try buat. Hehehehe Thanks share resepi :)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...