Saturday, May 23, 2015

MINI FRUIT TARTLETS


Sicomel yang membuahkan rezeki kepada kebanyakan home baker. Selalu menjadi favourite untuk apa jenis majlis sekali pun. Bukan sahaja tarts tapi crusts juga boleh menjanakan sumber pendapatan. Ramai juga yang mengusahakan tart shell ini....alhamdulillah memudahkan jika terdapat urgent order yang perlu dibuat. Ready made tart shell sentiasa ada.

Tart filling ini ada  option, semua bergantung kepada customer ada yang suka krim dan ada yang suka kastard filling. Semuanya boleh dibuat advance. Untuk buah atau hiasan pula bergantung pada budget. Kalau yang tidak kisah budget maka berries menjadi pilihan kalau tak buah tin merupakan option seterusnya

Anyway mini tartlets ini memang ranggup and sedap.



5.0 from 2 reviews
Mini Fruit Tartets
Print
Bahan Tart
  • 195 gram tepung halus atau tepung gandum
  • 50 gram gula aising, diayak
  • 113 gram mentega sejuk, didadu kecil
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • secubit garam

Bahan Kastard
  • 1 1/4  cawan susu segar
  • 1 1/2  sdb tepung kastard
  • 1 1/2  sdb tepung biasa
  • 1 1/2 camca besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar mentega

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Buah Peach secukupnya 

Untuk Pastry Tart
Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. 

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...