Pages

Monday, May 25, 2015

KETAYAP PANDAN


Puasa-puasa begini, kuih macam ini selalu menjadi idaman. Sudah lama tidak melenggang, hari ini buat sedikit untuk berbuka. Kuih ketayap ini bukan sahaja popular dikalangan orang Melayu tetapi juga merupakan kuih favourite Baba Nyonya juga.

Resipi ini menghasilkan lebih kurang 10 ketayap ukup buat seisi keluarga




5.0 from 2 reviews
Ketayap Pandan
Print

  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan air pandan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 sdt minyak masak
  • secubit garam


  1. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  2. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. 
  3. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  4. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (
  5. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  6. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  7. Angkat. Ketepikan.
  8. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis.
  9. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  10. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
  11. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.


Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...