Tuesday, May 12, 2015

BOSTON CREAM CAKE


Masyalah kek ini memang sedap. Vanilla kek dilapis dengan kastad dan disapukan chocolate ganache di atasnya. Memang terasa krim kastad dengan ganachenya. Popular di barat kek ini bukan lah pie seperti namanya tetapi ada kek. Saya membuatnya agak tergopoh sedikit tetapi jika hendak cantik 2 adunan paling sesuai.


5.0 from 2 reviews
Boston Cream Cake/Pie



Prep time
Cook time
Total time

Serves: 12
Ingredients
Untuk kek
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung cake
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 sdt baking powder
  • 1/4  sdt garam
  • 1/2 cawan mentega beku potong dadu
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu
  • 2 sdt vanilla extract
Untuk cream filling:
  • 1/2 cawan krim putar
  • 1/2 cawan susu
  • 1/2  sdt vanilla 
  • 3 biji kuning telur
  • 3  sdb gula
  • 1 1/2 sdb cornstarch
  • 2  sdb butter
Untuk ganache glaze:

1/2 cawan krim putar
4oz dark chocolate, 
1  sdb minyak jagung
1 sdb corn syrup

Method
  1. Panaskan oven to 325F. 
  2. Gula, tepung kek, tepung gandum garam dan baking powder disatukan Ayak bahan-bahan tersebut dahulu. Masukan butter yang diotong-potong kecil. Pukul sehingga menjadi ketulan kecil macam bread crumbs
  3. Dalam mangkok yang lain satukan telur, susu dan vanilla. Pukul sehingga bercampur Tuangkan adunan telur ini ke dalam adunan tepung tadi..pukul pada speed rendah sehingga adunan sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. Keluarkan dan sejukkan

Untuk Krimnya
  1. Panaskan susu dan krim, masukkan vanilla. 
  2. Didalam bekas lain pukul telur dan gula serta tepung jagung
  3. Turunkankan periuk susu dari api dan perlahan-lahan masukkan adunan telur
  4. Letak semula atas api, masukkan butter dan kacau sehingga pekat
  5. Angkat dan tapis, sejukkan dan simpan di daam fridge

Untuk Ganache glaze, 
  1. Panaskan krim, masukkan chocolate yang dicincang
  2. Kacau sehingga lincin dan masukkan minyak dan corn syrup . 
  3. Sejukkan
To assemble
  1. Kek dibelah dua,
  2. Sapukan krim filling dan lapiskan dengan baki kek tadi
  3. Sapu chocolate ganache di permukaan kek
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Suhana Mohd.Diah said...

Mesti sedap!Buat minum petang kan...tapi kalau takotkan kolestrol,jom kawal dengan PHYTOCOL ST!

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...