Thursday, May 07, 2015

ROTI JOHN/ GROUND BEEF SANDWICH



Roti John ini sinonim masa Ramadan atau pun pasar malam...other then that saya tak tahu mana nak cari roti ini. Kenapa roti John ?saya tak tahu..mungkin roti ini dikaitkan dengan Mat Salleh kot Roti yang digunakan adaah agak panjang sedikit dan boleh didapati di kedai pemborong roti dan bahan-bahan burger, tapi jika kita hendak membuat dirumah boleh aje guna roti hot dog.

Saya guna roti yang diperolehi di kedai arab dekat rumah. Rotinya segar dan kerap kali saya memperolehi yang betu-betul fresh dari oven. Untuk intinya pula saya guna method murtabak daging..sebab saya suka yang spicy..kalau tidak minat spicy boleh aje tumis bawang besar bersama daging dan maggi seasoning. Topping paling sesuai untuk roti ini adalah campuran mayo dan tomato dan cili sos.

Menu ini sesuai buat dinner atau pun sarapan pagi


5.0 from 1 reviews

PrintRoti John / Ground Beef Sandwich

Bahan-Bahan:
  • 2 - 3  buku roti hotdog
  • 1 sudu teh seasoning Maggie
  • 2 - 5 biji telur (bergantung kepada inti daging)
  • serbuk lada sulah
  • garam
  • sos tomato
  • sos cili
  • mayonis
  • timun
  • minyak

 Untuk Inti Daging

200 g  daging cincang
2 labu bawang besar dicincang 
3 ulas bawang putih ditumbuk
1" halia ditumbuk
1 sdb serbuk briyani/kurma
2 sdb minyak masak
garam. gula perasa secukupnya

  • Gaulkan rempah briyani bersama bawang putih dan halia jadikan pes basah
  • Panaskan minyak dan tumis bawang bear ehingga layu
  • Masukkan pes basah tadi tumis ehingga naik baunya dan masukkan daging
  • Masukkan garam, gula dan perasa
  • Masak daging sehingga masak atau ehingga agak kering
  • Angkat dan sejukkan

Cara-caranya :
  • Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata
  • Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak
  • Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan
  • Tekapkan roti hotdog yg telah dibelah dua (jgn putus)

 Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama tomato, timun, sos dan mayonis. Jika suka boleh tambah sekeping keju.




Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You













1 comment:

aji nugraha said...

waw sedap sekali bikin perut keroncongan saja... saya lagi konsumsi Jelly Gamat Gold G Obat Kanker Lambung Tradisional apakan tidak apa apa makan makanan ini???

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...