Sunday, May 17, 2015

KUIH HARUM MANIS


Hmmmm...menjelang Ramadan ni..kuih-kuih Melayu selalu menjadi pilihan. Kuih Harum Manis ini merupakan salah satau faavourite kuih manis untuk berbuka. Kuih ini lebih popular di Singapura.., tektur, cara dan rasanya lebih kurang apam gula hangus. Bezanya cuma kuih ini diletak pisang...ha..ha...hirisan pisang menjadikan kuih ini agak unik.

Lembut, gebu, sedap dan paling best bahanya memang sentiasa ada di gerobok dapur dan membuatnya cukup senang dan tidak meragam.



5.0 from 2 reviews
Kuih Harum Manis
Print



Prep time
Cook time
Total time

Serves: 12
 Ingredients
Bahan A
  • 100g gula melaka
  • 120ml air

 Bahan B
  • 2 biji telur (saiz sederhana)
  • 60 gm gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla

 Bahan C - di ayak
  • 120g tepung gandum
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam

 Bahan D
  • 20 gm minyak jagung
  • 4 biji pisang emas (di hiris bulat)

Cara-cara :
  1. Masak bahan A dan jadikan air gula. Kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan bahan C dan bahan A berselang-seli sambil dikacau hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga sebati.
  5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan separuh adunan kedalam acuan dan letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.
  6. Kukus selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.


Recipe Source :- Majalah Rasa

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...