Saturday, January 03, 2015

CRAB RANGOON


Saya sudah lama bookmarked resipi ini cuma baru ada kesempatan mencubanya baru-baru ini. Masyallah sedap bangat..kulit wanton yang ranggup dan isi ketam yang manis menyebabkan snak ini susah berhenti memakannya bila sudah memulakannya. Kata orang "so addictive"..gitu.

Resipi asal menggunakan isi ketam..tetapi saya gantikan ketam dengan jejari ketam yang frozen itu, digaul bersama dengan mayo, juga saya ubah kerana resipi asal menggunakan krim cheese, daun bawang, garam dan lada ulah lalu dibalut dengan kulit wantan dan digoreng kekuningan...perghhh...memang hebat bersama cili sos.

Resipi ini cukup popular dikalangan American Chinese, dan modalnya agak tinggi sedikit jika sekadar buat sajian petang..jadi saya cari alternatif yang bajet sedikit,..alhamdulillah..equally good.



Crab Rangoon
Prep time
Cook time
Total time



Author: PATYKITCHEN
Recipe type: Snacks
Serves: 20 pieces

Ingredients
For The skins
  • 1 paket kulit wanton
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 2 sdb air dijadikan gam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


For the Filling
  • 10 jejari ketam disiat-siatkan
  • 2 sdb mayo
  • 2 tangkai daun bawang dihiris halus
  • lada sulah dan garam secukup rasa
  • Gaulkan semua bahan sehingga mesra dan ketepikan

 Instructions

  1. Isikan inti dalam kulit wanton, sapukan bancuhan tepung jagung dan lipat tiga segi
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan tos minyak.
  3. Hidang bersama sos cili



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...