Monday, January 19, 2015

DRIED WANTON NOODLES / MEE WANTON KERING


Dalam post saya yang lepas saya share cara mudah menyediakan wanton dan sup wanton. Post ini adalah sambungan dari post yang lepas...resipi yang sama cuma kali ini kita menyediakan mee wanton kering dan tidak berkuah..

orang Melayu kata mee kicap. Saya share di sini cara menyediakan kicapnya...dan rasanya persis seperti di kedai.


DRIED WANTON NOODLES  / MEE KERING WANTON
Prep/Rest
Cook time
Total time

Author: PATYSKITCHEN
Recipe type: Noodles/Chinese
Yield: 4 servings
Ingredients
Untuk Wantonnya
  • 1 paket kulit wanton
  • 300 g daging ayam kisar
  • 3 tangkai daun bawang dihiris halus
  • 1 sdb tepung jagung
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • sedikit bancuhan tepung jagung untuk dijadikan gam.
Untuk Supnya
  • 2 ketul tulang ayam ( dari 2 ekor ayam boleh didapati di pasar)
  • 2" halia dihiris bulat
  • 3 tangkai akar daun bawang
  • sedikit garam. lada sulah dan kube pati ayam
  • 1 sdt minyak bijan
Untuk Meenya
  • 2 paket mee wanton dicelur
  • 3 batang sawi hijau disiang dan dicelur
  • bawang goreng
  • minyak bawang putih
Untuk Kicapnya

  • 3 sdb kicap peat karamel kicap
  • 3 sdb kicap cair
  • 3 sdb sos tiram
  • 1 sdb minyak bawang putih
  • 1 sdb minyak bijan
  • 1/2 cawan sup
  • garam dan lada secukupnya
Instructions
  1. Untuk Wantonnya :- Campurkan semua bahan sehingga rata. Sudukan 1 sudu be1r d1n b1lut deng1n kulit wanton. Sapukan bancuhan tepung jagung dan klim tepinya.
  2. Untuk Supnya :- Rebus tulang dengan 1.5 liter air. Masukkan halia dan akar daun bawang. Rebu lebih kurang 1 jam.Masukkan pati stok ayam, garam dan lada sulah. Renjiskan sedikit minyak bian dan akhir sekali masukkan wanton. Jangan terlalu lama nanti wanton hancur
  3. Untuk Meenya :- Mee dan sawi dicelur secara berasingan. Satukan kicap dan gaul bersama mee. Jika terlalu kering tambahkan up dalam bancuhan kicap.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

adda syuhada said...

aduhhh sedapnya kak..

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...