Saturday, January 24, 2015

APPLE CARAMEL PECAN LOAF


Resipi ini cukup sesuai buat minum petang dan cukup sesuai jika ada buah epal dirumah, yang tak ada nak sentuh..ha..ha...dadukan epal dan buat kek ini. Sedap..keknya lembut. moist dan kombinai epal dan serbuk kayu manis menambahkan aroma kek ini.

Kek yang sudah dibakar dicurahkan dengan karamel dan ditabur pecan bakar..mama mia memang awesome. Agak manis sedikit tapi boleh dikurangkan gulanya



Print

Apple Pecan Caramel Loaf

YIELD: 4   PREP TIME: 25 minutes   COOK TIME: 35

INGREDIENTS

Untuk Keknya

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sdt soda bicarbonate
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 sdt serbuk kayu manis
  • 1 sdt esen vanila
  • 1 cawan butter milk
  • 1/2 cawan kacang pecan panggang
  • 2 cawan epal didadu
Untuk Karamel
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1 cawan krim
  • 2 sdb mentega
  • 1 sdt garam
  • 1 sdt vanilla

DIRECTIONS:

1. Untuk Keknya - Satukan semua bahan kering dan letak sebelah. Pukul  mentega dengan gula hingga gebu.. Masukkan telur, kemudin masukkan bahan kering berselang seli dengan butter milk, masukkan epal dan sedikit kacang pecan yang dipecah-pecahkan. Tuang dalam acuan loaf dan bakar pada suhu 180 c selama 35 minit.

2. Untuk karamelnya. Masukkan gula dan air, masak pada api kecil sehingga gula larut dan warna bertukar keperangan. Angkat dari api dan masukkan krim, kacau dan letak semula atas api kecil sehingga sekata. Masukkan mentega dan garam dan kacau sehingga lincin. Sejukkan dan curah atas kek tadi serta ditaburkan dengan baki kacang pecan



Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Rosdi Eunos said...

Apple and Pecan ... synonym ...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...