Friday, January 09, 2015

SAMBAL BILIS TEMPOYAK PETAI


Penambat selera..ha..ha..jika tidak ada kawalan diri..berpinggan dibuatnya. Terdapat berbagai cara membuat sambal tempoyak bilis ini, tapi saya lebih gemar memasukkan bilis tanpa digoreng. Untuk menambahkan kehebatan sambal ini saya gandingkanya dengan petai....perghhh memang hebat dengan nasi panas



Prep time
Cook time
Total time

Serves: 4
Ingredients
  • 2 genggam ikan bilis direndam seketika
  • 1 cawan petai yang dibuang kulitnya
  • garam dan perasa ecuupnya
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 batang serai dititik
  • 4 sdb tempoyak

Bahan untuk diblend
  • 17 bii cili p1di
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" kunyit hidup
Blend atau tumbuk semua bahan sehingga halus
Instructions
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
  2. Masukkan serai dan biar sehingga agak garing sedikit
  3. Masukkan ikan bilis dan petai, masukkan 1- 2 caan air mengikut kepekatan yang dinginkan
  4. Bila agak-agak petai hendak masak masukkan tempoyak, garam. gula dan perasa..biar atas api sehingga naik minyak dan angkat


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...