Pages

Wednesday, January 21, 2015

PENANG CURRY MEE / MEE KARI PENANG


Street Food yang menjadi kegemaran ramai. Banyak cara penyediaannya tetapi saya lebih senang menggunakan rempah kari...terasa rempahnya. Cara pemakanannya juga banyak caranya..ada yang suka udang, ada yang suka kerang..dan bagi masyarakat Cina lebih gemar memasukkan organ dalaman khinzir. Bagi kita memadai dengan kemanisan tulang ayam. Rebusan tulang ayam dan gula batu menambahkan kemanisan asli mee curry ini.

Cili oil yang dihidangkan bersama memantapkan lagi keenakan Penang Curry Mee ini.




Print

Penang Mee Curry

YIELD:  4   PREP TIME: 35 minutes   COOK TIME: 45

INGREDIENTS

Untuk Mee
  • 1 paket mee kuning - dicelur
  • 1/2 paket bihun - rendam dan celur
  • 6 kacang panjang dipotong 2" panjang dan dicelur
  • 2 cawan kerang rebus (optional)
  • Hirisan isi ayam - (dari 1 ekor ayam yang dibuat stok)
  • 2 genggam taugeh dicelur
Untuk sambalnya

  • 15 tangkai cili kering direndam
  • 2 sdb udang kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sdb minyak masak
  • garam secukup rasa
  1. Blend semua bahan kecuali minyak sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak dan tumis...masukkan garam dan tumis sehingg naik minyak.
Untuk Kuahnya
  • 1 ekor ayam dimasak menjadi stok dan sehingga ayam empuk ( isi ayam diangkat setelah disiat-siat..masukkan kembali tulang ayam untuk menambah manis kuah)
  • 1 paket serbuk kari daging (saya guna Baba"s)
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 5 batang serai dihiris*
  • 2 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 ketul gula batu (optional)
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 cawan santan
  • 2 liter stok ayam
  • 10 - 15 keping tofu kering bulat (puff tofu)
  • 1 paket bebola ikan
  • 5 keping fish cake
  • 1 keping asam keping
  • garam dan pati kube ayam secukupnya
Blend semua bahan bertanda * dan gaul bersama rempah kari dan serbuk ketumbar

DIRECTIONS:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah bersama daun kari , serai yang dititik sehingga naik baunya
2. Masukkan stok ayam dan renehkan sehingga mendidih
3. Masukkan santan, asam keping garam, gula dan pati kube ayam
4. Renehkan sehingga mendidih dan masukkan bebola ikan, fish cake dan puff tofu
5. Kecilkan api dan biar direneh.

Cara Menyediakanya
  1. Dalam mangkok letak sedikit bihun dan sedikit mee kuning
  2. Curahkan kuah bersama fish ball, fish cake dan puff tofu
  3. Letak hirisan isi ayam. kerang rebu, taugeh dan kacang panjang rebus.k
  4. Sudukan Cili oil
NOTES
Boleh diletakkan telur rebus atau udang jika suka


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

tun_telani said...

Salam kak paty.. ni feveret tun nih... kalau wat mee kari, mmg dari bekfes lunch dinner makan tu je.. hihi

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...