Pages

Tuesday, December 16, 2014

SWEDISH MEATBALLS - IKEA COPYCAT RECIPE


Sebut aje bebola daging, semua akan tertumpu pada IKEA..ha..ha..kerana di situlah terdapatnya meatballs yang paling hebat dan sedap....tetapi mak aii untuk mendapatkanya masyallah kena beratur panjang lebih-lebih lagi kalau hujung minggu. Rata-rata yang berkunjung ke IKEA pasti hendak cuba meatballs ini..bukan sahaja sedap tetapi murah juga lah...

Pada yang duduk jauh dari IKEA..tetapi berhajat hendak mencuba bolehlah guna pakai resipi ini...mudah penyediaanya dan yang pasti kita mampu membuatnya sendiri



SWEDISH MEATBALLS

INGREDIENTS

  • 2 sdb minyak zaiton
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 500 g daging kisar
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 biji telur ayam
  • 1/4 sdt serbuk mixed all spices
  • 1/4 sdt serbuk pala 
  • 1/4 cawan krim atau susu
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

    FOR THE GRAVY
  • 1/4 cawan mentega
  • 1/3 cawan tepung
  • 4 cawan air stok daging
  • 3/4 cawan krim masam
  • sedikit kicap cair  dan kicap pekat - untuk mewarnakanya, jangan banyak
  • garam dan lada hitam secukup rasa

INSTRUCTIONS

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan krim atau susu, seruk mixed spices, nutmeg, garam dan lada hitam, biar seketika
  3. Padamkan api dan curahkan kedalam serbuk roti
  4. Kacau rata dan masukkan ke dalam mangkok yang berisi daging kisar tadi
  5. Gaul rata dan bulat-bulatkan
  6. Goreng di dalam kuali leper berisi minyak sehingga daging masak dan kekuningan
  7. Untuk sosnya, panaskan mentega masukkan tepung kacau sehingga tidak ergentel
  8. Masukkan stok daging dan krim masam
  9. Kacau beterusan sehingga kuah likat dan cantik


RECIPE SOURCE :  PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...