Thursday, December 25, 2014

VINEGAR RED SNAPPER / IKAN MERAH MASAK CUKA



Satu perkataan yang boleh saya ungkapkan dengan lauk ini ialah " addictive' ha..ha..memang tidak boleh stop kalau dah makan..hendak-hendak kalau nasi panas dan dimasak lembik sedikit.

Resipi mudah dan ringkas ini boleh dimasak dengan apa jenis ikan sekalipun. Ikan perlu digoreng terlebih dahulu.

5.0 from 4 reviews
Ikan Merah Masak Cuka
Ingredients
  • 3 - 4 keping ikan (saya guna ikan merah digoreng garam kunyit)
  • 5 ulas bawang putih dibelah dua
  • 7 ulas bawang merah dibelah dua
  • 5 biji cili padi
  • 1/2 baiji timun dihiris memanjang
  • 1 sdt biji sawi
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sdb gula
  • 3 sdb cuka masak

Bahan Blend

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2" kunyit hidup
1 " halia

Blend semua bahan sehingga halus

Cara menyediakanya
  1. Panaskan minyak dan tumis bshsn tumis sehingga naik baunya.
  2. Masukksn biji sawi
  3. Masukkan cuka dan air, biarkan mendidih
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi
  5. Biar mesra seketika, masukkan garam dan gula, adjust rasa
  6. Akhir  sekali masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi dan timun
  7. Biar seketika dan  padamkan api

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You



No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...