Saturday, December 20, 2014

MEATBALLS SUB SANDWICH


Sub sandwich asal nama dari submarine  - kapal selam..ha..ha..mungkin menggunakan roti baguette yang berbentuk kapal selam. Biasanya roti ini dijual di SUBWAY  outlet dan meatballs with tomato sauce ini memang one of the favourite. Saya menyediakannya kebetulan ada lebihan meatballs dari spaghetti jadi saya beli baguette dan buat subb sandwich ini. Kalau yang tiada lebihan meatballs di bawah saya sediakan juga resipi dan cara membuat meatballs

Sandwich ini sungguh mengenyangkan dan pastinya sedap.




5.0 from 4 reviews
MEATBALLS SUB SANDWICH

Ingredients
  • 500 g daging kisar
  • 1/4 cawan susu
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 1 sbd minyak zaiton
  • daun pasley yang dicincang

Cara Menyediakannya
  1. Rendam serbuk roti dalam susu,biar seketika
  2. Daging dimasukkan garam. lada sulah, bawang putih cincang dan digaul rata
  3. Curahkan bahagian susu dan serbuk roti ke dalam bahagian daging, gaul rata,masukkan daun pasley, bulat-bulatkan dan goreng sehingga masak.
  4. Angkat dan sejukkan
Untuk Sosnya

  • 5 biji tomato segar dicincang
  • 2 biji bawang besar dicincang dadu
  • 1/2 cawan paste tomato saya guna Heinz
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 helai daun bay
  • segenggan daun basil segar
  • 1/2 sdt serbuk oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sdb minyak zaiton
  • 1 biji cili agla dipotong dadu

Cara Menyediakanya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan bawang putih, kacau rata
  3. Masukkan tomato segar...biar seketika dan masukkan sos tomato, daun bay, daun basil, oregano, garam dan gula secukup rasa
  4. Renehkan atas api dan akhir sekali masukkan cili bangla
  5. Reneh selama 30 minit dan angkat
Cara Menyediakan Sub Sandwich
  • Roti baguette di potong 3 dan dibelah dua
  • Sapukan roti dengan mentega
  • Masukkan bebola daging dan curahkan kuahnya.
  • Jika suka cheese boleh masukkan cheese

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You





No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...