Friday, December 26, 2014

GRILLED BLACK PEPPER CHICKEN


Oven Chicken Grilled ini paling mudah menyediakanya. Bahan untuk memerap ayam juga ringks, cukup dengan bawang putih, lada hitam dan minyak zaiton. Ayam diperap beberapa jam sebelum digrill, air lelehan ayam pula digunakaan untuk membuat sosnya.

Sedap dihidang bersama nasi, pasta atau salad

Grilled Black Pepper Chicken
Prep time
Cook time
Total time



This dish hits all the right exotic notes and favourite among Malaysian.

Recipe type: Chicken/Grilled
Cuisine: Western
Serves: 2-4
Ingredients
  • 4 - 5 ketul peha ayam
  • 2 sdb serbuk lada hitam
  • 3 sdb minyak zaiton
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • garam secukup rasa

  1. Bersihkan ayam dan keringkan
  2. Satukan minyak zaiton, bawang putih, garam dan black pepper dalam mangkok. Sebatikan
  3. Lumur  pada ayam
  4. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam
  5. Panaskan oven pada 200 C
  6. Sapukan minyak pada dulang pembakar dan bakar ayam selama 45 minit
  7. Jangan lupa balik-balikkan untuk memastikan ayam dibakar sekata
  8. Angkat ayam dan lelehan ayam didulang disimpan untuk dibuat kuahnya

Bahan Untuk sos

  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sdb lada hitam
  • 1 sdb worcestershire sauce
  • 1 sdb kicap cair
  • 3 cawan stok ayam


  1. Masukkan tepung pada dripping (lelehan ayam bakar)
  2. Kacau dan masukkan stok ayam
  3. Alihkan kedalam periuk dan masak atas api kecil
  4. Kacau sehingga lincin dan masukkan worcestershire sos dan kicap cair
  5. Kalau pekat boleh tambahkan stok ayam atau air

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...