Wednesday, April 15, 2015

MURTABAK DAGING MUDAH


Siapa yang tidak suka murtabak hmmmm....sajian hebat tapi tidak ramai yang berani membuatnya di rumah kerana kita selalu bayangkan kesukaran menebar kulitnya. Resipi ini adalah resipi yang paling simple bagi mereka yang belum pernah membuat roti canai.  Sukatanya mudah dan cara menyediakannya mudah.

Kulit murtabak dibiarkan elastic supaya mudah dicanai dan dimasukkan inti murtabak.Intinya pula boleh dibakar atau digoreng dahulu kemudian dibahagi mengikut saiz murtabak. Memudahkan dan tidak perlu panik memikir membuat murtabak cara mamak...ha..ha..ng 

Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk membuat roti canai.


Murtabak Mini Daging
Bahan Kulit:
  • 200 gram tepung gandum
  • 1/4 sdt garam
  • 140 ml air
  • 30 gram minyak goreng
  • 500 ml minyak goreng untuk merendam
  • Minyak . minyak sapi untuk menggoreng

Campur tepung dan garam. Tuang air sedikit – sedikit sambil diuli sampai kalis. Tambahkan minyak goreng. Ulni sampai elastis. 
Bahagi kepada 6 bahagian. Bulatkan. Rendam dalam minyak goreng 2 jam. (setelah direndam adonan menjadi semakin elastis, mudah untuk dilebarkan)

Bahan Inti:
  • 200 gram daging giling
  • 2 ulas bawang putih, 
  • 1 biji bawang besar
  • 1" halia
  • 2 sdt rempah bokhari faaezah
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 4 biji telur ayam
Bawang putih halia dan bawang merah ditumbuk halus
Gaulkan pada daging dan perap bersama rempah faezah seketika
Panaskan minyak dan tumis bahan perap
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Masak atas api sehingga agak kering dan padamkan api dan sejukkan
Pecahkan telur, masukkan lada sulah, garam dan bawang besar yang dihiris
Panaskan oven dan bakar bahan inti ini dalam loyang empat segi  selama 20 minit.
Keluarkan dan sejukkan
Potong inti ini empat segi kecil pada 6 bahagaian


Cara Menyediankanyan :
Ambil 1 bahagian kulit tebarkan dan letakkan inti, lipat dan goreng menggunakan campuran minyak dan minyak sapi, balik-balikan sehingga kekuningan dan masak. Ulangi proses sehingga habis. 



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...