Saturday, April 11, 2015

KERABU MANGGA THAI


Tidak perlu pengenalan, ramai yang mengetahui menu ini dan ramai yang mengemarinya. Antara menu top restoran ala Thai. Untuk kali ini saya mengguna ikan boleh goreng yang gareng....perghh..sedap meratahnya.


Kerabu Mangga
  • 2 biji mangga muda - diparut
  • 1 bunga kantan dihiri nipis
  • 1 batang Serai dihiris nipis
  • 1 cawan kelapa parut goreng tanpa minyak 
  • 2 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 biji cili merah dihiris nipis
  • 4 biji cili padi dihiris nipis
  • 2 db udang kering 
  • 1 sdb sos ikan 
  • 1 sdb jus  limau nipis 
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • Ikan Bilis Goreng secukupnya


Caranya :
1. Potong mangga muda halus memanjang.

2. Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.

3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.

4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.

5. Masukkan mangga ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.

6. Gaul sebati dan hidang.

7. Tabur ikan bilis goreng



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...