Pages

Monday, April 13, 2015

MOIST AMERICAN CARROT CUPCAKES


Saya sudah mencuba banyak carrot cake...tetapi resipi dari Alex Goh ini agak unik sedikit kerana ia menggunakan susu. Biasanya resipi kek carrot hanya berpandukan kelembapanya pada minyak sayur tetapi resipi ini menggunakan minyak sayur dan juga susu.

Memang tektur keknya agak lembap dan lembu sekali. Sekali makan pasti hendak lagi.



Moist American Carrot Cake

Bahan (A)

  • 3 biji telor size A 
  • 150gm susu 
  • 300gm gula
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan (B)
  • 180gm minyak sayuran 
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan (C)

  • 280gm tepung biasa 
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu 

Bahan (D)

  • 200gm lobak merah yg di hiris
  • 120gm kacang walnut - di cincang

Cara-caranya :

  1. Pukul (A) hingga gebu
  2. tambah (B) dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Ayakkan (C) dan gaulkan ke dalam adunan hingga rata.
  4. Masukkan (D) dan sebatikan.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
  6. Bakar pada suhu 180c selama 20min atau sehingga masak.


Bahan topping


  • 250gm cream cheese
  • 60gm butter
  • 120gm icing sugar (di ayak)
  • 1/2 parutan kulit lemon
  • 2 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya :

  1. Putarkan krim keju hingga licin. masukkan mentega dan putar lagi hingga sebati. tambah icing sugar dan putar lagi hingga adunan menjadi rata.
  2. Masukkan parutan kulit lemon & jus. gaulkan hingga sebati.
  3. Kemudian spread the topping atas keseluruh permukaan carrot cake.


Recipe Source :- Alex Goh Cookbook

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerr carot cake....

Unknown said...

SEDAPNYA NI.. NAK TANYA. SUSU TU GUNA SUSU SEGAR KE, SUSU TEPUNG KE ATAU SUSU CAIR?

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

susu boleh guna suu segar biasa

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...