Sunday, April 05, 2015

THAI YELLOW CURRY PASTE


Masakan Thai memang menarik..dah macam traffic light pula ada green curry, red curry and yellow curry. Yellow curry ini lebih kurang macam masak lomak kita..cuma bezabya terletak pada pesnya. Yellow Curry Paste ini menggunakan serai lengkuas dan menarik bawang, bawang putih, lengkua dan halia dibakar terlebih dahulu. mungkin ini yang menjadikan karinya harum

Selain dari itu apa yang menjadi kebiasaan rempah Thai ialah pengguna ketumbar yang disangrai dan akar daun ketumbar. Ramuanya tidak lari banyak antara green, red and yellow. Bahan asas adalah sama.

Pes ini dimasak bersama santan dan dimasukkan daun limau. Boleh dimasak bersama sayur, daging ataupun ayam.

Thai Yellow Curry Paste
  • 2 biji bawang besar
  • 1 buku bawang putih jangan dibuang kulit
  • 3" lengkuas
  • 2" halia
  • 1 sdt biji ketumbar
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 batang serai
  • 2" kunyit hidup
  • 1 sdb erbuk kari
  • 2 tangkai batang daun ketumbar dicincang
  • 1" belacan
  • garam secukup rasa


Cara Menyediakanya
  1. Bawang putih dan bawang besar dibakar cara berasingan. Guna aluminium foil. Sejukkan dan letak sebelah
  2. Lengkuas dan halia juga dibakar dengan cara yang sama sehingga lembut.
  3. Ketumbar disangrai dan dikisar halus
  4. Blend semua bahan sehingga halus



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...