Sunday, April 12, 2015

PINDANG KERANG PALEMBANG


Kalau di Malaysia kita senang dengan nama Kerang Rebus, tapi di seberang kerang ini di namakan Kerang Pindang. Bahan yang diguna lebih kurang sama cuma biasanya di Indonesia daun salam di gunakan. 

Di sini kita lebih suka dengan daun kunyit, Halia, lengkuas dan serai dihiris dan diketuk, Bawang putih, bawang merah dan kunyit ditumbuk ataupun dihiris, Jika rajin boleh dibuat sambal untuk cicah bersama kerang ini.

Pindang Kerang Palembang
  • 1 kg kerang dibersihkan
  • 1 biji tom1to dihiris
  • 2 batang halia diketuk/hiris
  • 1 " lengkuas diketuk
  • 3 helai daun salam (saya ganti dengan daun kunyit)
  • 2" halia dihiris nipis
  • 2 keping asam keping
  • 2 biji cili merah dihiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya


Bahan tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2" halia

 Tumbuk hingga halus

Cara Menyediakannya

  • Masukkan bahan tumbuk kedalam air dan renehkan sehingga mendidih
  • Masukkan kerang, hirisan halia lengkuas, serai , daun kunyit dan cili
  • Masukkan asam keping, garam dan gula
  • Masak hingga kerang masak dan akhir sekali masukkan hirisan tomato
  • Angkat dan hidang


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...