Saturday, April 11, 2015

GETAS BUAT MINUM PETANG


Minum petang yang simple kuih Getas...hmmm kenapa getas dan apa maksudnya..maaf saya tidak ada jawapanya..apa pun saya gemar kuih ini manis dan liut-liut. Diperbuat daripada tepung dibng pulut yncuh bersama santan, kemudianya digoreng dan disira dengan air gula seperti membuat kuih keria.

Sesuai buat sarapan atau minum petang.


Getas

200 gram tepung pulut
100 gram kelapa parut kasar 
50 gr kelapa parut kering + 50ml air
1/2 sdt teh garam
125 ml santan pekat
minyak untuk menggoreng

Bahan : Gula Sira
100 gram gula pasir
50 ml air

 Cara Membuat :

  1. Campur tepung pulut, kelapa parut kasar, dan garam. Gaul rata. Tuang santan sedikit – sedikit sambil diuli sampai kalis.
  2. Ambil sedikit adonan. Bentuk oval pipih.
  3. Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan dengan api sedang sampai matang. Angkat dan dinginkan.


Siranya: 
  1. Panaskan gula pasir dan air sambil dikacau sampai berbuih dan kental.
  2. Masukkan getas yang sudah digoreng. Kacau sampai terbalut. Kecilkan api. Kacau terus menerus sampai getas terbalut gula dan air gula mengering/gula mengkristal. Angkat dan sajikan  
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Wani said...

salam singgah kak paty.. kuih ni memang favorite.. kat sini susah dah nak cari orang x berapa nak jual.. kalo rajin blh buat sendiri :))

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...