Pages

Tuesday, April 21, 2015

CINNAMON SUGAR DONUT


Jalan-jalan mencari resipi donut yang lembut....terjumpa resipi ini di kongsireipi, tertarik untuk mencubanya kerana empunya resipi memberi keyakinan bahawa donut ini lembut sehingga keesokkan harinya..so I gave a try..ternyata tepat memang lembut dan gebu tetapi tidak dapat membuktikan bahawa ianya lembut sehingga keesokkan harinya kerana donut habis dan tak sampai keesokkan harinya..ha..ha..sebab memang lembut dan gebu. Keeper...!!! dan terima kasih pada empunya resipi.


PrintCinnamon Sugar Donut
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis kering (mauripan)
  • 1 1/2  sudu besar shortening
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar bread softener
  • 1 sudu kecil donut improver
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan air (tambah atau kurangkan sedikit jika perlu)

 Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kecuali garam dan air.
  2. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam.
  4. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik.
  5. Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  6. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda.
  7. Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut.
  8. Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan.
  9. Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda.
  10. Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam.
  11. Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan.
  12. Saya salutkan dengan gula dan serbuk kayu manis
Recipe Source :- kongsiresipi.com

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...