Thursday, November 28, 2013

MY EASY CHOCOLATE ENCLAIRS


Untuk Chocolate enclairs ini saya menggunakan resipi yang sama untuk cream puff. Dalam dunia masakan ni..mana lebih mudah dan senang diingati yang itulah saya..ikut..tak perlu nak complicated. Pokoknya..rasanya enak dan presentationnya menarik. Begitu juga untuk fillingnya..saya ambil jalan mudah aje...saya gunakan fresh creamnya..cukup sedap.

Chocolate Enclairs ini cukup sesuai buat sajian petang terutama kalau ada yang berhajat untuk menganjurkan HiTea....perfect sekali..


Chocolate Enclairs

1/2 cawan butter/marjerin
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur
1 sdt vanilla

Cara membuatnya

  1. Panaskan ketuhar pada 200 C
  2. Masak butter dan air sehingga butter cair.
  3. Masukkan tepung dan kacau sehingga adunan tidak melekat dikuali lagi.
  4. Angkat dan sejukkan.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji ..pukul dengan mixer sehingga adunan sekata.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag dan paip memanjang
  7. Bakar pada suhu 200 C selama 20 minit kurangkan suhu pada 180 dan bakar lagi 20 minit.
  8. Sejukkan sebelum dimasukkan filing


Cream Filling
300 g krim putar
2 sdt gula caster

Pukul cream dan gula sehingga soft peak

Chocolate Topping
50 g dark chocolate
1 sdt butter
2 sdb air
85 g gula ising

Satukan chocolate, butter dan air dan double boil sehingga semua cair. Masukkan gula ising sedikit demi sehingga chocolate sekata.

Cara Menyiapkanya
Belah enclairs dan paipkan krim. Top enclairs dengan chocolate.

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

2 comments:

Weena said...

mesti sedap nie... :)

Noor Yusoff said...

salam KakPaty...sedapnya dapat makan eclair dgn secawan koko panas ..

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...