Thursday, November 14, 2013

BANANA MILO SLICE CAKE



Nampak menarik...check bahan semua ada..kebetulan pisang yang udah agak tidak sesuai hendak dimakan lagi jadi saya terpanggil untuk mencuba. Ternyata berbaloi..lembut, lembap dan sedap. Cukup sesuai buat minuman petang..adan paling mantop slice kek macam sedap makan panas-panas.






Banana Milo Slice Cake


Ingredients


Bahan A

100g butter
90g gula kaster
40g milo

Bahan B

2 biji telur, gred A

Bahan C
200g pisang (apa saja jenis pisang yg disukai)

Bahan D
150g tepung naik sendiri, diayak
1/2 sk baking powder
1/4 sk baking soda
30g susu tepung

Bahan E
60ml susu segar

Bahan F
2 keping slice cheese

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan loaf pan bersaiz 8 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan butter.

2. Pukul bahan2 A hingga sebati.

3. Masukkan bahan B satu persatu & pukul lagi. Kemudian masukkan bahan C. Pukul sebati.

4. Masukkan pula bahan D yang telah diayak & bahan E. Kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan, carik2kan bahan F & tabur atas adunan kek tadi.

6. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack.









No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...