Wednesday, November 27, 2013

FINGER LICKING POTATO BHAJI


Kalau yang minta makan roti poori makan potato bhaji ini adalah kemestian. Biasanya kalau kita makan di restuarant India..dia dihidang secara berkuah..tetapi kebiasaannya potato bhaji ni kering..apa pun semua bergantung kepada bagai mana kita mahukanya. Untuk menambahkan kelazatanya saya masukkan sedikit serbuk jintan putih dan separuh kentang saya lecek. Memang sedap makan begitu aje dan pastinya maka bersama roti poori.


POTATO BHAJI
Simple, easy and delicious potaTo bhaji or vegetable recipe with chopped potatoes and whole Indian spices. Potato bhaji normally serve with Indian Flat Fried Bread.



4 biji kentang di potong dadu besar direbus separuh di lecek.
1 biji bawang besar dicincang halus
2 hiris halis dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 tangkai daun kari
2 tangkai cili merah dipotong 1"
1/2 sdt biji sawi
1/2 sdt serbuk jintan putih
1/2 sdt serbuk kunyit
3 sdb minyak masak
garam secukup rasa
air secukup basah

Cara membuatnya

Panaskan minyak dan tumis biji sawi, cili kering potong dan daun kari sehingga naik baunya
Masukkn bawang besar yang dicincang, sehingga layu.
Masukkan halia dan bawang putih cincang, serbuk jinta dan serbuk kunyit
Tumis sehingga naik baunya
Masukkan sedikit air..ikut basah yang diperlukan
Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan kentang rebus dan kentang lecek.
Masak seketika. Kalau yang suka berkuah boleh tambah air.

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

1 comment:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...sedapnya kak paty...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...