Wednesday, November 27, 2013

DALCA AYAM


Masakan yang tidak perlu diperkenalkan lagi..rata-rata semua tahu. Dalca adalah gandingan matap bagi semua jenis nasi..briyani, tomato..minyak dan apa-apa jenis. Sedapnya dalca datangnya dari bahan seperti tulang-tulang daging atau ayam yang menjadikan kuahnya manis dan sedap. Saya biasanya lebih gemar untuk menggunakan dagig tetel...direbus sehingga empuk. Untuk kali ini saya menggunakan tulang-tulang ayan...dan untuk menambahkan lagi kelazatanya saya masukkan sedikit kas-kas...perghhh..memang sedap..paling sedap kalau dibawa semalaman di cicah bersama roti putih mahupun roti canai.


Dalca Ayam
Perfect party snack or appetIzer

300 g isi dan tulang ayam
3 biji kentang belah 4
3 biji terung belah 4
1 biji carrot...potong kecil
5 batang kacang panjang potong 1"
2 biji tomato belah 4
3 biji cili hijau belah 2
1 cawan kacang dhal rebus
1/2 cawan santan pekat
2 asam keping
1 helai daun pandan
3 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak masak

Bahan-bahan blend
2 packet rempah kari daging
1 biji bawang besar
1" halia
5 ulas bawang putih
2 sdb kas-kas

Blend semua bahan dan letak sebelah

Bahan tumis
1 biji bawang besar dihiris nipis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih


Cara membuatnya

Panaskan minyak
Tumis bawang besar dan bahan tumis , daun pandan dan daun kari tumis sehingga kekuningan
Masukkan bahan rempah dan tumis sehingga naik baunya
Masukkan isi daging/ayam dan biar seketika.
Kemudian masukkan air rebusan atau air lebih kurang satu jar
Masukkan kentang dan biarkan sehingga kentang agak empuk.
Masukkan asam keping.
Masukkan santan dan garam secukup rasa...
Masukkan terung..karot, dhal dan bahan-bahan lain..
Renehkan sehingga naik minyak dan angkat.

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya kak... sy suka dalca.. suami lagilah suka.. kuah dhal biasa tu pun dia suka... lama sy tak buat ni... mcm teringin pulak..

Umie Jazz said...

Assalamualaikum kak...aduh kak menyelerakan...klu dpt dicicah ngan roti canai...aduhhh pengsann...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...