Monday, January 06, 2014

TALAM GULA MERAH


Sekitar tahun 2010 -2011..ketika saya mula berjinak dengan dunia blogging tumpuan saya memang banyak pada kuih talam dan kuih lapis. Memang masa tu hasrat saya hendak fokus kepada kuih-kuih Melayu dan Nyonya hendak membuat koleksi peribadi. Banyak resipi talam dan lapis yang saya cuba secara trial and error. Hajat  untuk mengikuti kelas talam masih belum kesampaian lagi..insyallah satu hari nanti hendk juga masuk kelas talam dan lapis. Resipi ini saya ambik dari resipi koleksi Chef Hanieliza..mudah ingat..guna cawan.  Ini adalah salah satu favourite  saya.

Talam Gula Merah...

1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak

4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.




© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...