Sunday, January 05, 2014

BREAD CASSEROLE WITH CUSTARD SAUCE


Lebih kurang Bread Butter Pudding...ha..ha..namenya aje tukar kasi glamour sedikit. Cara yang terbaik bagi menyelamat roti yang tak tahu hendakdibuat apa lagi. Mudah menyediakanya..jumlah telur jangan bimbang..boleh  guna 3 - 10 biji mengikut citarasa masing. Bagi saya untuk memudahkan kiraan bagi setiap 1 cawan susu..masukkan 2 biji telur  yang lain tu main darab dan agak2..jadi tektur pudding cantik. Saya masukkan sedikit tepung kastaard dalam adunan telur supaya bila potong jadi cantik. Sesuai makan dengan kastad sos atau pun syrup.





Bread Casserole with Custard Sauce

8-10 keping roti disapu mentega – saya potong roti tiga segi
2 cawan susu segar
5 biji telur
1 sdb kastard
½ cawan gula
Sedikit esen vanilla

Potong roti ikut suka hati

Sapu Loyang dan susun roti
Panaskan susu, gula dan telur  dan masukkan tepung kastad…
Tuang ke atas roti dan biarkan 15 minit
Bakar pada api 180 C selama 20 minutes
Angkat dan sejukkan

Sosnya
1 tin susu cair
½ cawan gula
2 biji kuning telur
1 sdb tepung kastard
Sedikit esen vanilla

Panaskan semua bahan atas api sederhana sehingga pekat

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

1 comment:

Cendana Kasih said...

sedapnyer...tgk pun dh terliur

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...