Wednesday, January 08, 2014

BELITUNG MASAK LEMAK PUCUK PAKU


Masakan kegemaran..dan banyak cara membuatnya tapi saya lebih senang untuk merebus belitung dan masak sayurnya cara berasingan dan bila sayur sudah masak baru saya masukkan belitung dalam sayur. Cara mudah supaya santan tidak sampai pecah minyak. Resipi yang sama juga boleh dimasukkan kerang.

Belitung Masak Lemak Pucuk Paku

1 kg siput belitung atau siput sedut - dibersihkan dan dibuang hujungnya
1 ikat pucuk aku di siang
2 biji cili merah dihiris menyerong
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
1 batang serai dititik

Bahan Tumbuk
25 biji cili padi
9 ulas bawang merah
2" kunyit hidup.

Blend semua bahan.

Cara membuatnya
  1. Rebus siput sehingga masak..buang air dan letak sebelah.
  2. Masukkan bahan blend dalam periuk dan masukkan 1 cawan santan cair.
  3. Renehkan..masukkan serai yang ditik bersama asam keping...
  4. Masukkan pucuk paku dan biar seketika
  5. Masukkan santan pekat, garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan siput yang telah masak bersama cili merah.
  6. Biar sehingga mendidih dan masak.

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

1 comment:

Amie said...

Cara masak yang menarik ni Kak Paty... tq for sharing!

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...