Tuesday, January 07, 2014

FILIPINO LUMPIA - MY WAY


Lumpia Filipino ini lebih kurang popiah kita. Sebenarnya popiah ini merupakan snack yang cukup terkenal di entero dunia..cuma nama dan gelaranya agak berlainan..kalau di Malaysia kita memanggilnya popiah..di Filipino ia dikenali sebagi lumpia...di US..dikenali sebagai egg rolls..tetapi yang paling diketahui ialah spring rolls..asalnya dari Cina la...dan ada juga yang memanggil Shanghai Lumpia..Intinya terdapat beberapa variasi tetapi yang selaalu popular di Malaysia ialah inti sayur..tetapi di Filipino...daging khinzir dimasak bersama kobis dan carrot. Untuk resipi ini saya gunakan daging lembu kisar dan ceriakanya dengan mixed vegetables. Sedap dihidang bersama cili sos.

Filipino Lumpia

1 packet kulit popiah sai ikut suka
250 g daging kisar
1 cawan mixed vegetables
2 sbd minyak masak
1/2 sdt serbuk jintan putih
1/2 sdt serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1' halia
1 labu bawang besar dipotong dadu
garam secukup rasa 
pati kuib maggi sedikit


Cara Membuatnya

  1. Bawang putih, bawang merah diblend atau ditumbuk halus.
  2. Gaaulkan dengan jintan manis dan jintan putih letak sebelah.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar cincang sehingga layu dan naik baunya
  4. Masukkan bahan blend dan tumis sehingga naik baunya
  5. Masukkan daging kisar dan renehkan sehingga daging masak.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Biarkan sehingga kering sedikit dan masukkan mixed vege.
  8. Biar sehingga kering angkat dan sejukkan dalam pinggan
  9. Bila inti sudah sejuk..balut macam membuat popiah dan goreng hingga keemasan


© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

1 comment:

Gee® said...

Best buat minum petang kan...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...