Thursday, January 02, 2014

DAGING GORENG KUNYIT CAPSICUM


Daging kunyit ini saya masak berkuah sedikit. Biasanya kalau kita makan di gerai Tom Yam..daging kunyitnya agak kering dan biasanya digoreng bersama kacang panjang. Versi saya ini adalah agak berkuah sedikit. 

Daging Goreng Kunyit Capsicum

500 g daging dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris
1 biji lada bangla hijau
1 biji lada bangla merah
2 sdb sos tiram
2 sdb minyak masak
1 sdb kunyit serbuk
garam secukup rasa

Bahan Tumis
2"halia dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis

Cara Membuatnya


  1. Perapkan daging dengan garam dan kunyit..semoleknya semalaman
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
  3. Masukkan daging dan goreng sehingga daging masak
  4. Masukkan sos tiram..dan jika perlu dan suka berkuah sedikit masukkan sedikit air.
  5. Biar sehingga daging masak dan masukkan bawang besar dan cili benggala.
  6. Angkat dan hidang



© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

2 comments:

izahdaut said...

kegemaran lauk mcm ni.. apa khabar kak paty. hope sihat2 hendaknya. menunggu kot2 ada kek indulgence resepi di sini. hehe

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

ada..nanti kejap kena ikut giliran takut tercicir....ha..ha..orang lame

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...