Pages

Monday, April 10, 2017

UDANG GORENG KAM HEONG



Udang Goreng Kam Keong ini merupakan menu favourite di kebayakkan restoran makanan Cina. Udang yang digoreng bersama cili, udang kering dan daun kari cukup harum baunya dan dari situlah namanya diperolehi Kam Heong iaitu Goldeng Fragrance dalam bahasa Cina. Tidak berkuah masakan ini sedap digabungkan dengan hidangan lain dan sungguh menyelerakan

Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk lala, ketam atau pun ayam


Kam Heong 

    • 10 ekor udang segar saiz besar (biarkan kepala dan ekornya dan ditanggalkan bahagian tengah).
    • 15 tangkai cili kering direndam
    • 4 biji bawang putih(mayang nipis)
    • 1 biji bawang merah besar
    • Beberapa biji cili padi(potong kecil)
    • 2 sudu besar udang kering(direndam dengan air panas dan ditoskan dan dicincang kecil)
    • 1 sudu rempah kari daging(dibancuh dengan sedikit air..jadikan pes)
    • 2 sudu besar taucu
    • Setangkai daun kari
    • Gula dan garam
    • Sedikit minyak untuk menumis


    1. Blend cili kering bawang putih dan bawang merah sehingga halus
    2. Panaskan minyak bahan blend.
    3. Masukkan juga cili padi.
    4. Apabila naik wangi masukkan udang kering.  Goreng seketika
    5. Masukkan pes kari dan taucu.
    6. Masukkan udang dan daun kari.
    7. Masukkan juga bahan perasa(gula dan sedikit garam(kalau perlu)
    8. Goreng sehingga udang masak
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      1 comment:

      Norm said...

      Xletak taucu aci tak?

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...