Pages

Tuesday, April 04, 2017

COFFEE CUPCAKES WITH COFFEE BUTTERCREAM


Peminat kopi pasti suka kek comel ini, keknya dan buttercreamnya dimasukkan sedikit bancuhan kopi. Bukan sahaja aroma keknya mengharumkan malah rasa kopinyanya begitu ketara sekali. Tektur kek pula begitu lembut sekali.

Kek comel ini sesuai disajikan bersama dessert lain untuk hightea




Coffee Cupcakes

  • 165 g mentega 
  • 165 g gula perang
  • 150 g tepung naik sendiri
  • 1/2st garam 
  • 2 sdb  susu segar 
  • 1/2st esen vanila 
  • 3 biji telur Gred A,
  • 2 sdt serbuk kopi instant - saya guna nescafe


Cara sediakan kek cawan 
  1. Panaskan oven 160C.
  2. Satukan kering tepung, garam 
  3. Serbuk nescafe dibancuh bersama 1 sdb air dan letak sebelah
  4. Sediakan 18 muffin cup/papercup saiz sedang
  5. Pukul mentega dan gula sehingga gebu
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis
  7. Masukkan esen vanilla
  8. Masukkan susu sambil dipukul
  9. Masukkan bancuhan pukul rata
  10. Akhir sekali masukkan bahan kering sedikit demi sedikit hingga habis
  11. Tuang atau sudukan adunan ke dalam cup 3/4 penuh (kek akan naik masa bakar jadi jangan letak penuh sangat).
  12. Bakar 160C, 15-20 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan permukaan atas kek cawan keperangan.
  13. Sejukkan pada suhu bilik di atas redai sebelum dihias.

Untuk Buttercreamnya

  • 200 g mentega
  • 200 g gula icing 
  •  2 sdt instant espresso campur dengan 1 sdb air
  • 50 g plain chocolate, dicairkan



  1. Pukul mentega hingga pucat
  2. Masukkan ising sugar pukul lagi sehingga gebu
  3. Masukkan bancuhan kopi dan chocolate cair.
  4. Pukul sehingga sebati
  5. Paipkan di atas kek yang disejukkan tadi
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...