Pages

Wednesday, April 19, 2017

KUE BAKAR JAGUNG/ BINGKA JAGUNG


Paling saya suka baking ialah jika ramuannya menggunakan cawan dan main gaul--gaul dan bakar. Tidak meragam dan tidak perlu bimbang jika ia menjadi atau tidak, pendek kata kue yang senang dibuat. Kue bakar jagung ini adalah salah satu daripadanya....ha...ha...so kalau keinginan benda-benda manis datang mendadak makanya inilah jalan pintasnya provided thata semua bahan ada digerobok dapur.

Resipi dari yatiememories ini tekturnya lembut, lemak dan tidak berapa manis. Sesuai buat sarapan pagi, minum petang atau majlis




Kue Bakar Jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  •  2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  •  secubit garam
  • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
  • bijan utk hiasan
  • sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
  6. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

    Notes


    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...