Pages

Saturday, March 25, 2017

MACARON COMEL


Macaron lagi ha..ha boleh giler dibuatnya, entah la nak kata sedap eidak juga tapi mungkin kerana ia comel maka ramai yang menyukainya lebih-lebih lagi kalau pandai bermain dengan warna. Kali ini saya mencuba method pembakaran yang lain dari biasa, oven dipanaskan 20 - 30 minit awal pada suhu 50 atas dan 100 api bahawa, Api oven dimatikan bila macaron dimasukkan ke dalam, Macaron dibakar dengan haba oven sehingga masak...ha..ha pelikkan tapi itulah caranya macaron naik kakinya cantik macam biasa, tapi kalau sangsi bolehlah gunakan method biasa bakar pada suhu 150 c selama 20 minit

Untuk fillingnya pula bolehla guna apa-apa filling kesukaan







Macaron

    • 40 gm telur putih
    • 35 gm gula kastor
    • 50 gm gula ising
    • 40 gm serbuk badam


     Cara-cara:

    Ayak almond powder dengan gula aising.

    Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh.

    Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan kaup-kaup


    Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper sebesar size 20sen atau 50sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar


    Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).

    Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit). 
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...