Monday, March 20, 2017

MEE KUAH DAGING



Mee Kuah adalah lebih kurang mee rebus, bahan yang digunakan mahupun cara menyediakannya. Untuk mee kuah ini saya masukan macam2, udang dan isi daging. Air rebusan daging dan kulit udang digunakan untuk mendapatkan kemanisan kuah, keledek lecek digunakan untuk memekatkan kuah. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing.

Mee Kuah ini akan menjadi lebih sedap jika dimakan bersama sambal sotong


Mee Kuah Daging

    • 3 batang serai
    • 1 inci lengkuas
    • 4 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1-2 sudu besar cili kisar
    • 1 tbs serbuk jintan halus
    • 1 tbs serbuk jintan kasar
    • 1 tbs serbuk ketumbar
    • 1 tbs serbuk kunyit
    • 1 mangkuk kecil udang udang kering dikisar
    • 5 tbs taucu – blend
    • 1 mangkuk kecil kacang tanah – goreng dan dikisar halus
    • 1 biji keledek – rebus dikisar
    • Garam dan gula
    • 2 tbs tepung beras
    • 1 kg tulang campur daging rebus dan simpan airnya



    • Bahan Sampingan –
    •  Taugeh
    • Telur rebus
    • Daun bawang dan daun sup
    • Bawang goreng
    • Lada Hijau/Merah
    • Tauhu – goreng
    • 1 kilo mee kuning – celur dan toskan
    • dan potong dadu
    • Limau
    • Isi daging rebus


    Cara Membuat:

    1. Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air. 
    2. Tumis bahan dikisar (serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia) sehingga naik bau. 
    3. Masukkan rempah dalam periuk dan goreng sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan pula bahan kisar seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu. Kacau hingga sebati selama 5 minit.
    5. Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yang diingini (Boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)
    6. Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.
    7. Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...