Tuesday, March 07, 2017

SOTONG KANGKONG


Craving for sotong kangkong tetapi susah untuk mendapatnya, tidak ramai yang menjual dan tidak tahu mana untuk mencarinya. Kalau di Penang kita tahu nak cari di sini memang belum jumpa, ada tetapi tak taahu di mana, makanya saya google untuk mencari resipinya, kena buat sendiri la.

Resipi diperolehi dari blog Dapur Tanpa Sempadan, saya ikut sebiji maka ini adalah hasilnya,sedap . Untuk resipi yang sama juga sosnya boleh dimakan bersama Yong Tau Foo.


Sotong Kangkong

  • 1 ekor sotong kembang yang dipotong dadu2 dicelur dalam air panas bergaram
  • 1 ikat sayur Kang Kong - ikut citarasa) di celurkan
  • 1 cawan kacang goreng / bijan 
Sosnya


  • 3 sudu besar petis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar jus limau (2 limau kasturi)
  • 6 sudu besar gula melaka dicairkan dulu
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 botol sos tomato ketchup
  • Air secukup nya

Cara2nya


  1. Semua bahan2 seperti sotong dan kang kong di celurkan dalam air panas bergaram. Dipotong dadu kecil dan ditoskan dan tepikan. 
  2. Kacang goreng tak berkulit ditumbuk kasar tak terlalu halus. Boleh gunakan kacang paket dikedai yang sedia ada. Sajikan dipinggang lebar sebelum dituangkan sos petis nya.
 Sosnya,
  1. Masak dan cairkan seketul gula melaka dalam periok yang berair sedikit. Letakan gula pasir, jus limau, cili kisar, sos tomato dan petis. Masak sosnya, letakan sedikit air. Sos nya jangan terlalu cair. Rasa sos kuahnya, ia mesti masam manis dan pedas sedikit.

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
      nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...