Monday, March 13, 2017

COCONUT CAKE WITH PASSION FRUITS CURD



Kek ini ada rasa lemak santan kelapa dan kelapa parut dan ada rasa masam manis buah passion fruits, satu kombinasi rasa yang cukup unik. Untuk resipi yang sama kek boleh dibakar cara cupcakes atau loyang kek biasa berukuran 7 atau 8 inci. Kek yang siap dibakar disapukan dengan passion fruits curd



Coconut Cake with Passion Fruits Curd


  • 4 biji telur
  • 200 gm gula caster 
  • 245 gm tepung
  • 2 sdk  baking powder
  • 115 gm unsalted butter
  • 220 ml santan
  • 100 gm kelapa parut

Passionfruit curd

  • 125 gm unsalted butter, 
  • 110 gm(½ cup) gula caster 
  • 80 ml(1/3 cup) buah passionfruit pulp (dari  3 buah)
  • 2 biji telur dipukul manja

Untuk curd, 

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil sehingga pekat. Bancuhan hendaklah dikacau selalu

Untuk Kek


  1. Panaskan oven pada 180C  dan siapkan dulang pembakar.
  2. Satukan telur dan gula dalam double boil sehingga telur menjadi panas sedikit lebih kurang 2-3 minit
  3. Masukkan dalam mixer dan pukul sehingga kental lebih kurang 8 minit
  4. Ayak tepung dan baking powder serta garam perlahan masukkan kedalam adunan yang dipukul tadi gaul rata
  5. Cairkan mentega dan masukkan santan biar suam2,
  6. Keluarkan1 sudu adunan dan campur dengan adunan yang dipukul tadi, gaul rata dan masukan semua ke dalam adunan telur
  7. Tuang dalam acuan dan bakar pada uhu 180 c selama 45 minit atau sehingga masak
  8. Sejukkan kek dan sapukan passion curd di atasnya
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

1 comment:

adda syuhada said...

Sedapnya, terliur tengoknya. Bilalah nak dapat mkn kek cmni...hihiihih

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...