Friday, October 16, 2015

UDANG GORENG SOS TIRAM BERSAYUR


Cara mudah menyediakan resipi udang, udang diperap bersama garam dan lada sulah kemudian ditumis bersama bawang putih dan halia. Untuk menceriakan masakan ini saya masukkan kentang goreng dan sayuran campur. Resipi ini agak kering tetapi jika inginkan berkuah bolehla ditambahkan sedikit air

Udang Goreng Sos Tiram Bersayur
Ingredients
400 g udang saiz sederhana
Sedikit garam dan lada sulah
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**- bahan2** ditumbuk halus
3 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak
1 labu bawang besar-hiris bulat
1 biji cili merah & 1 biji cili hijau-hiris menyerong
2 biji kentang dihiris bulat dan digoreng terlebih dahulu
Sayuran pilihan


Instructions

  1. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan lasa sulah. Perap sebentar dan goreng hingga masak. 
    Tumiskan bahan2 tumbuk hingga garing. Masukkan sos tiram, sedikit air sos cili, cili merah dan hijau serta bawang besar dan sayuran pilihan
    Gaul sebati, masukkan kentang goreng tadi biar seketika dan jangan terlalu lama diatas api supaya sayur tidak layu
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...