Monday, October 26, 2015

CLASSIC CHOCOLATE CAKE


Resipi chocolate cake yang selalu saya gunakan untuk wedding cake. Tekturnya cantik dan kuat untuk dihias dengan fondant. Keknya sedap dan sesuai untuk dihias dengan apa cara sekali pun. Mudah menyediakan dan bahannya boleh dikatakan sentiasa ada digerobok dapur, pendek kata jika tiba-tiba menginginkan sesuatu yang manis, kek ini pantas dibuat

Untuk kali ini saya membiarkannya "naked" dan dihias bersama taburan ising sugar dan little cherry.

Classic Chocolate Cake
  • 170 gram butter
  • 300 gram gula halus
  • 225 gram tepung
  • 60 gram serbuk koko
  • 1 sdt chocolate emulco
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt  baking soda
  • 1/2 sdt garam
  • 170 gram air
  • 3 biji telur
Cara Membuatnya

  1. Panaskan oven 180 ' c
  2. Satukan semua bahan kering dan letak sebelah
  3. Pukul gula dengan mentega sehingga putih dan gebu
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
  5. Masukan bahan kering, tiga kali masuk
  6. Masukkan chocolate emulco
  7. Pukul rata
  8. Akhir sekali masukkan air.
  9. Pukul rata dan sebati.
  10. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan masukkan ke dalam loyang 8"
  11. Bakar pada suhu 180 ' C selama 30 -  45 minit mengikut oven masing
  12. Sejukan dan lapiskan dengan chocolate ganache.
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...