Friday, October 23, 2015

MINI DONUT - MERAHNYA MAK NGAH


Donut comel ini sesuai dijadikan hidang candy buffet atau dessert table. Donutnya lembut dan gebu. Sugar Glaze yang mudah disediakan dan donut comel ini boleh dihias dan diwarnakan mengikut warna tema yang  diinginkan

Mini Donut
  • ⅔  susu segar
  • 2 ¼ tsp yeast
  • ⅓ cawan gula
  • 3 biji telur
  • 3 ½ cawan tepung
  • 1 sdt garam
  • ¼ sdt serbuk pala
  • ½ cawan mentega
  • minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakkannya
  1. Panaskan susu dan masukkan mentega dan garam
  2. Gaul sehingga mentega cair
  3. Dalam mangkuk lain satukan tepung, gula, serbuk pala dan yeast
  4. Masukkan telur yang telah dipecahkan
  5. Gaul rata.
  6. Masukkan adunan susu dan gaul rata
  7. Uli sehingga sebati
  8. Tutup dengan  kain bersih dan perapkan adunan sehingga naik dua kali ganda lebih kurang 2 jam
  9. Ambik adunan tumbuk-tumbuk dan uli
  10. Terap dengan acuan donut dan goreng.
Sugar Glaze
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan corn sirap
  • 3 cawan gula ising
  • perwarna pilihan
  1. Panaskan air dan sirap dalam double boiler
  2. Masukkan ising gula dan gaul rata
  3. Celup donut dengan bancuhan ising sugar ini dan hias.
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...