Thursday, August 20, 2015

NAKED RED VELVET CAKE


Saya dah cuba beberapa resipi RVC dan masih terus mencari yang bersesuai dengan keinginan saya. Resipi kali ini 100% adaptasi dari blog masammanis. Keknya memang moist saya buat satu adunan setengah untuk menampakan kek yang tinggi. Menggunakan cream cheese frosting tetapi mengambil pendekatan naked cake.

Selain dari buat minum petang kek ini juga sesuai untuk majlis dan juga boleh dijadikan wedding cake.





Naked Red Velvet Cake


  • 360 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 400 gm gula halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur A
  • 1 cawan buttermilk
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

Cara menyediakannya
  1. Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
  2. Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan
  3. Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
  5. tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
  6. Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
  7. Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
  8. Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
  9. Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak
  10. cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
  11. Sejukkan kek atas redai setelah masak
  12. Potong atas kek yang keras.
  13. Potong kek kepada 4 kepingan ~ rujuk sini untuk cara memotong kek
Untuk krim yang lembut dan meleleh boleh cuba resepi ini

Krim Keju 1

  • 150 gm krim keju
  • 30 gm mentega tanpa garam
  • 60 gm gula aising
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh paste Lemon
  1. Pukul krim keju dan gula hingga kembang
  2. Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
  3. pukul sebati

Untuk krim keju yang ita gunakan

Krim Keju 2

  • 200 gm krim keju
  • 1 sudu teh lemon Paste
  • 90 gm coklat masakan putih
  • 150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
  • 8 gm gelatin
  • 30 gm air
  1. Cairkan gelatin 
  2. Cairkan coklat masakan cara double boiler
  3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
  4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
  5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
  6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
  7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata

RECIPE SOURCE:  MASAM MANIS

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

Ibu Hermawati said...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...