Monday, August 24, 2015

LONTONG KERING


Saya gemar makan nasi impit bersama kuah kacang, rendang dan serunding kelapa...dan yang menariknya saya tidak pernah tahu nama juadah ini adalah LONTONG KERING..sehinggalah bila seorang teman meminta saya memasaknya untuk rumah terbuka...ha..ha..tahu makan tapi tak tahu nama. Apa pun sajian ini cukup popular di sebelah selatan tanah air seperti Johor.

Kalau lontong basah dimakan bersama kuah lodeh, lontong kering biasanya dimakan bersama side dishes seperti :-

  • Rendang
  • Kuah Kacang
  • Paru Berlada
  • Sayur Rampai Jawa
  • Sambal Tumis
  • Serunding Kelapa
  • Sambal Goreng Pengantin

Lontong Kering ini merupakan sajian popular untuk sarapan pagi atau lebaran. Untuk side dishes di bawah ini saya akan postkan resipinya secara berasingan bagi memudahkan rujukan nanti...so stay tune for the recipes.


Rendang Ayam

Sayur Rampai Jawa

Kuah Kacang

Serunding Kelapa

Sambal Sotong

1 comment:

Chevy said...

Saya yang membesar di johor ni pon tak tahu pasal lontong kering ni sebab kami bukan anak jati Johor (Parents bermastautin di Johor sebab kerja dan pencen di sini). Hanya tahu tentang lontong kerang ni sejak 7 tahun lepas bila saya ditukarkan kerja di sini.

Silent reader

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...